BLOK ASPURI ASRAMA SMK TANAH MERAH 1

BLOK ASPURI ASRAMA SMK TANAH MERAH 1
(Gambar tahun 2004)
Kelihatan dalam gambar, blok Aspuri...gambar tahun 2004. Dulu, blok ini penuh dengan masalah kebocoran air pada ruangan siling. Kini semuanya sudah berubah! Tiada lagi air yang menitik dari siling jatuh ke atas kepala penghuni!!!....Kerja-kerja baik pulih telah selesai dilakukan sejak awal tahun 2006. Episod selalu terputus bekalan air paip pun sudah selesai. Enjin pam air telah ditukar kepada yang baru...pendek kata, tidak sepatutnya lagi ada masalah di kalangan penghuni Aspuri. Belajar saja lah...duduk elok-elok, dengar nasihat warden dan guru...
Nama-nama Dorm Blok Aspuri:
DORM NILAM
DORM BAIDURI
DORM KRISTAL
DORM INTAN
DORM MUTIARA
DORM ZAMRUD
DORM FIRUS
DORM DELIMA
Untuk SENARAI PENUH nama penghuni,sila klik di bawah:
Penghuni Tingkatan 6 Atas ditempatkan di Dorm Baiduri dan Dorm Delima. Akan tetapi pada awal tahun 2006, penghuni Tingkatan 6 Dorm baiduri telah dialihkan ke Dorm Nilam, memandangkan pada tahun 2006, bilangan mereka tidaklah ramai. Penghuni Tingkatan 5 telah dimasukkan ke Dorm Kristal. Manakala, penghuni Tingkatan 1,2, 4 dan 6 Rendah diletakkan di dalam dorm-dorm lain .
Penghuni Aspura adalah melebihi 50% daripada jumlah penghuni keseluruhan. Lebih-lebih lagi apabila kelas Tingkatan Enam sains dibuka kepada pelajar-pelajar dari sejauh Gua Musang dan Kuala Balah. Bilangan ini bertambah apabila pihak sekolah menawarkan kelas-kelas Tingkatan 1 Bestari kepada pelajar-pelajar sejauh Kuala Balah dan Batu Melintang untuk belajar di SMKTM1.
Pendek kata, penghuni Aspuri dimonopoli oleh pelajar Tingkatan 6 dan 1 Bestari. Oleh itu, kepada bakal pemohon asrama, sekiranya anda tidak bersedia untuk bercampor dengan mereka, usahlah mohon untuk tinggal di asrama.
Kita mempunyai banyak kes, penghuni baru yang lari dari tinggal asrama walaupun baru 1 hari tinggal. Bukan kerana dibuli tetapi TIDAK tahan dengan rindu dendam terhadap ibubapa, disebabkan tidak biasa berpisah.
oleh itu, sebelum memohon masuk masuk ke asrama, pastikan:
1.keputusan yang dibuat adalah keputusan anda sendiri, bukan kemahuan ibubapa.
2.Bersedia untuk hidup berdikari
3.Bersedia untuk hidup secara berkongsi
4.Tahan dengan jadual makan ikut masa
5.Boleh menerima teguran atau dimarahi warden.
Sejarah Ketua Aspuri:
2004 - SITI HAJAR ABDULLAH -kini belajar di kolej swasta di Kuala Lumpur
2005- NORAINI BT ISMAIL - berasal dari Dabong, Gua Musang
2006- NUR AMERAH BT ZULKEFLI - berasal dari Machang, bakal menjadi pemimpin wawasan yang berkaliber, kini masih belajar dalam Tingkatan 6AB2 di SMKTM1
Selamat maju jaya untuk semua....